gamber sekadar hiasan |
Definisi Senaman
Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulang-kali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan .
Kurang Bersenam
Ia boleh menyebabkan:-
- Kegemukan; 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia adalah gemuk.
- Diabetes Melitus jenis 2.
- Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar.
Faedah Bersenam
- Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot.
- Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan.
- Membina tulang yang sihat.
- Penambahbaikan kelenturan sendi.
- Pengekalan kawalan berat badan.
- Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres.
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar.
- Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru.
- Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera.
Senaman Secara Intensif
Senaman aerobik adalah baik untuk kanak-kanak seperti:-
- berenang
- bermain bola sepak
- bermain tenis
Bagi kanak-kanak yang tidak aktif, adalah disarankan untuk bersenam selama 30 minit sehari dan tingkatkan sehingga satu jam secara beransur-ansur.
Senaman yang Selamat
- Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa.
- Guna peralatan keselamatan seperti topi keledar, kaca mata yang menghalang kemasukan air (google), pelindung mulut, pelapik dan sebagainya.
- Elakkan daripada bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan.
- Pastikan minum air secukupnya sebelum dan selepas senaman bagi mengantikan cecair yang hilang melalui peluh. Elak mengambil air berkarbonat.
- Elakkan daripada bersenam di persekitaran yang tidak sesuai seperti tempat yang gelap, cuaca yang panas dan udara yang tercemar.
- Jangan terus mandi selepas senaman. Tunggu sehingga badan menjadi sejuk dan tidak berpeluh.
- Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika berbasikal atau berjoging pada waktu subuh atau malam.
- Jika berjoging di jalan raya, lakukannya dengan berlari berlawanan arah lalu lintas supaya anda dapat melihat kenderaan yang menuju ke arah anda. Elak bersenam di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.
Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman
Sebab-sebab:-
- Memanaskan otot.
- Menambahkan peredaran darah ke otot.
Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
- Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 hingga 3 minit, mulakan dengan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
- Regangan (15 minit) – lakukan setiap regangan 10 hingga 20 saat. Lakukan regangan tetapi tidak sehingga mencederakan otot.
- Senaman khusus – berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang bertenaga tinggi.
Sesi penyejukan badan selepas senaman
Sebab-sebab:
- Merehatkan otot.
- Membuang bahan perkumuhan.
- Penambahbaikan kelenturan.
Bagaimana menyejukkan badan?
- Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur.
- Ulang regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman.
No comments:
Post a Comment