Gambar Hiasan |
Panduan Dalam Islam Untuk Wanita Yang Bekerjaya
Memiliki kerjaya bagi wanita yang sudah berkeluarga pada
hari ni bukan lagi perkara baru. Bahkan golongan wanita ini memiliki kerjaya
yang sama tinggi dan rendahnya dengan kaum lelaki.
Jika suatu ketika dahulu
pembabitan golongan ini dilihat asing, tetapi situasi hari ini telah mengajak
golongan ini untuk sama-sama membanting tulang dalam menyumbang kepada tabung
ekonomi keluarga.
Hari ini juga peranan wanita dalam bidang ekonomi sangat
ketara sehinggakan sudah tidak ramai lagi wanita yang memilih untuk berada di
rumah, walau secara tradisinya seseorang wanita yang telah berumahtangga sangat
bertanggungjawab besar dalam mengurustadbir rumahtangga dan memastikan didikan
yang sempurna kepada anak-anaknya.
Bagaimana Menurut Islam?
Dalam hal wanita berkerjaya ini, Islam tidak menghalang
dan menghukum haram untuk wanitanya bekerja dan bekerjaya di luar rumah secara
total. Apatah lagi jika ianya merupakan keperluan diri dan keluarga.
Islam juga menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh setiap
penganutnya sebagai suatu ibadah selagi dikerjakan dengan niat yang ikhlas dan
tidak tergelincir daripada landasan Islam.
Mengambil contoh peranan wanita semasa zaman Rasulullah
SAW, Asma binti Abu Bakar yang berkerja bersama-sama suaminya sebagai
pengembala kambing, bahkan Khadijah binti Khuwailid sebagai usahanita yang
sangat berjaya.
Adakah Terdapat Syarat untuk Golongan Wanita Bekerjaya?
Ada. Namun syarat tersebut tidaklah terlalu ketat dan
menghukum, tetapi lebih melindungi para wanita Islam. Oleh itu, setiap syarat
dan halangan yang diajarkan oleh Islam seharusnya dipratikkan oleh wanita
ketika bekerja di luar rumah iaitu;
1. Memilih kerjaya yang bersesuaian sebagai muslimah.
2. Menjaga aurat dan pergaulan.
3. Bijak memilih antara kewajipan terhadap keluarga dengan
kerjaya.
4. Masih bertanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya.
5. Bijak membahagi masa untuk urusan keluarga.
6. Sentiasa menjaga maruah diri, suami dan keluarga.
Imam al-Qaradhawi turut menggariskan beberapa syarat untuk
wanita bekerja iaitu:
1. Pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal
2. Wanita Muslimah perlu mempunyai kemahuan dan komitmen
tinggi dalam menjaga etika syariat dari sudut pemakaian, cara berjalan,
percakapan dan pergerakan.
3. Pekerjaan yang dilakukan tidak mengorbankan kewajipan
terhadap suami dan anak-anak.
Jadi, walaupun berperanan besar dalam jawatan dan setiap
kerjaya sekalipun, wanita muslimah tidak seharuskan menunjangkan bidang kerjaya
melebihi tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Keredaan suami dan tanggungjawab terhadap keluarga adalah
kutamaan yang melebihi segalanya, yang paling penting adalah keberkatan Allah
SWT yang menjadikan rumahtangga tersebut sebuah syurga dunia.
“Maka perempuan-perempuan
yang saleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara
(kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir
bersama.”
Al-Nisa: 34
No comments:
Post a Comment