Translate

Kepentingan Beli Rumah

Gambar sekadar hiasan


Sebab Kenapa Kena Beli Rumah
Ramai yang mengeluh kerana harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal. Ramai juga semakin sedar dengan kepentingan rumah untuk pelaburan dan tempat tinggal. Pelbagai sebab kenapa kita kena beli rumah. Di sini saya senaraikan 7 sebab kenapa anda kena beli rumah.

#1. Harga rumah semakin meningkat
Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan-kawasan yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak. Jika anda tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah telah naik 10% dari harga hari ini. Jika anda beli hari ini, anda sebenarnya telah mendapat capital appreciation dari kenaikan itu. Sebagai contoh, harga sebuah kondo di Bangi hari ini sekitar RM500k, tahun depan harga meningkat sekurang kurangnya RM50k. Harga baru akan menjadi RM550k. Inilah yang dinamakan capital appreciation.

#2.  Rumah sebagai Asset
Ramai orang tersalah sangka mengenai rumah. Mereka beranggapan bahawa rumah hanya perlu dibeli untuk tinggal. Dan ada golongan yang sedar rumah untuk tinggal adalah liabiliti kerana tiap-tiap bulan kita terpaksa membayar kos installment bulanan. Rumah akan menjadi Asset apabila rumah itu menjana lebihan tunai ataupun positive cashflow yang masuk ke dalam poket kita setiap bulan. Sebagai contoh, kita beli rumah lelong bernilai RM60k, bayaran bulanan hanya sekitar RM300. Anda sewakan kepada penyewa atau subletter RM800. Jadi setiap bulan anda telah menjana RM500 lebihan tunai.

#3.  Long Term investment
Jika anda ada 3 buah rumah pada hari ini, katalah anda ditakdirkan dibuang kerja atau keadaan kewangan tidak stabil, anda boleh menggunakan rumah tadi sebagai modal untuk memulihkan masalah kewangan anda dengan cara refinance atau jualkan sahaja rumah tadi. Sebagai contoh, anda refinance rumah yg mempunyai baki hutang RM200k. Anda refinance rumah dengan bank lain mengikut harga semasa iaitu RM350k. Jadi anda akan mendapat cash RM150k yang boleh digunakan untuk memulihkan kewangan dan memulakan pelaburan.

#4. Rumah pertama seharusnya untuk pelaburan
Kenapa saya sarankan begitu? jika anda beli rumah itu untuk tinggal, anda perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih anda berkurangan. Jika anda beli rumah pertama untuk pelaburan, anda mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang anda tinggal.

#5. Rumah sebagai tempat berteduh pasangan baru berkahwin
Jika anda pasangan baru berkahwin, pasti anda mahu memiliki sebuah rumah untuk digunakan sebagai tempat berteduh. Jika masih bujang, tiada masalah untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa. Tetapi, jika sudah berkahwin, pastinya anda terpaksa menyewa rumah atau membeli rumah kerana anda tidak lagi boleh menyewa bilik macam orang bujang. Jika keluarga anda atau keluarga mertua ajak duduk bersama anda juga pasti rasa kurang selesa kerana anda mahukan privasi sebagai suami isteri. Sebab itu anda kena beli atau sewa rumah.

#6. Harta yang boleh diwarisi
Rumah adalah salah harta yang boleh diwarisi oleh isteri dan keluarga bila anda sudah tiada. Setiap pembeli rumah wajib membayar insurans atau takaful untuk bayaran hutang rumah itu. Bank akan menyuruh kita memilih sama ada MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT untuk cover bayaran hutang rumah jika anda meninggal dunia. Jadi jika anda meninggal dunia, insurans atau takaful tadi akan menyelesaikan semua hutang rumah itu pada bank. Jadi waris anda akan dapat rumah tersebut secara percuma kerana rumah tadi telahpun dibayar penuh menggunakan wang insurans/takaful. Itulah harta yang anda boleh berikan kepada waris anda.

#7. Anda akan kelihatan lebih hensem/cantik
Bak kata tuan Azizul Azli Ahmad, jika anda belum berkahwin tetapi anda sudahpun memiliki rumah sendiri, anda akan nampak lebih hensem di mata gadis-gadis atau nampak lebih cantik di mata jejaka-jejaka kerana anda bijak membuat keputusan. Jika anda mahu memikat hati bakal mak mertua anda, belilah rumah sebelum anda berkahwin, pasti lamaran anda terus diterima.

Ini sekadar pandangan saya sebagai seorang pejuang hartanah. Jika anda ada pandangan lain sila komen dibawah. Terima kasih kerana membaca. Kongsikan kepada rakan-rakan supaya mereka cepat-cepat membeli rumah.

No comments:

Post a Comment