Kira-kira 70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu pentingnya air kosong ini saya kongsikan kebaikan segelas air putih yang anda minum setiap hari kepada kesihatan anda.
1. Kulit Cantik & Sihat
Miliki kulit cantik bukan hanya dengan mendapatkan rawatan luaran sahaja. Ia perlu bermula dari dalam. Hal ini berlaku kerana apabila bekalan air mineral di dalam tubuh berkurangan maka racun tidak boleh keluar sehingga boleh menimbulkan masalah kulit. Masalah kulit yang paling kerap terjadi adalah jerawat. Jika jerawat sudah tumbuh itu memberi isyarat mudah tentang kesihatan kulit anda. Untuk dapatkan kulit cantik dan sihat perlukan minum air kosong atau air putih secukupnya setiap hari. Cuba anda amalkan pasti akan rasai perbezaan.
2. Kesihatan Buah Pinggang
Buah pinggang menjadi tempat “lalu lintasnya” air. Kurangnya minum air mengakibatkan racun terkumpul dalam buah pinggang. Apabila ia sukar keluar, lama-kelamaan boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.Minum banyak air putih untuk membersihkan buah pinggang sekaligus menghindarkan daripada diracuni.
3. Lemah Sendi
Jika anda hadapi penyakit lemah sendi sila baca dengan sini. Tidak hanya tulang sahaja, sendi juga memerlukan air agar tersimulasi dengan baik. Kekurangan air pada bahagian sendi menyebabkan ia menjadi haus. Akhirnya ia lemah dan tidak mampu menampung atau menyokong pergerakan tulang dengan baik. Meraka yang obesiti atau gemuk selalu hadapi masalah lemah sendi ini. Oleh itu banyakkan minum air putih bagi membantu menyokong sendi anda.
4. Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati membuatkan anda rasa pahit pada bahagian kerongkong. Tidak lama selepas itu, anda berasa panas dan tidak selesa pada kerongkong. Ramai orang merasakan keadaan tidak selesa ini disebabkan pengambilan makanan pedas sehingga meningkatkan pengeluaran asid. Walhal kurang minum air putih juga boleh membuat asid dalam perut bertambah. Ini disebabkan kurangnya cecair yang boleh menurunkan pengeluaran asid tadi. Dah makan pedas tu nanti jangan lupa untuk minum air putih secukupnya ya sebab kebaikan segelas air putih ini untuk elakkan sakit pedih ulu hati.
5. Awet Muda
Tidak hanya lelaki, wanita juga takut kepada tanda-tanda awal penuaan. Munculnya garis-garis penuaan di wajah. Tidak perlu bimbang fikirkan cara rawatan yang mahal untuk mencegah penuaan. Cukup sekadar minum banyak air bagi memenuhi keperluan tubuh anda. Ini kerana air bermanfaat untuk memperbaiki sel kulit serta menghidrasi kulit dengan baik. Oleh kerana itu usahakan agar anda minum sekurang-kurangnya dua liter sehari. Lebih baik lagi jika air yang anda minum mengandungi oksigen di dalamnya. Ia membantu melancarkan perjalanan darah.
6. Kegemukan
Bagaimana air membantu anda untuk atasi masalah kegemukan dan kuruskan badan? Pada tubuh manusia, rasa dahaga dan haus adalah dua perkara yang hampir sama. Anda pun akan mengalami keletihan saat rasa dahaga datang dan untuk mendapatkan tenaga dengan segera anda akan makan secara berlebihan. Sedangkan anda sebenarnya tidak lapar tetapi hanya kekurangan air dalam badan. Untuk atasi kegemukan ini salah satunya pastikan minum air secukupnya setiap hari.
7. Sembelit
Sembelit tidak hanya disebabkan kurangnya pengambilan makanan berserat. Salah satu puncanya adalah kurang minum air putih. Ia menyebabkan dehidrasi dan melambatkan pergerakan usus. Banyak sisa makanan terenap dalam usus akhirnya sembelit berlaku. Air mainkan peranan yang besar untuk elakkan sembelit berlaku kepada anda.
8. Alergi
Dehidrasi atau kekurangan air mampu meningkatkan risiko terkena alahan. Ketika kekeringan, saluran udara dalam tubuh ikut terpengaruh. ia akan menyebabkan alergi terutamanya yang berkaitan dengan saluran pernafasan. Penyelesaiannya adalah perbanyakkan minum air terutamanya air putih agar mendapat kadar oksigen yang tinggi .
No comments:
Post a Comment